Cerita ArtisHiburan

Kembali Dengan Single Semalam, Aina Abdul Harap Ada Rezeki Ke AJL

Penyanyi Aina Abdul baru-baru ini telah melancarkan single terkininya yang berjudul Semalam. Mengangkat tema perhubungan toksik (bermasalah), Aina berharap Semalam turut mendapat momentum perhatian yang sama seperti lagu Sumpah.

Menurut penyanyi berusia 27 tahun ini, dia menyimpan impian untuk Semalam mara ke pentas Anugerah Juara Lagu tahun hadapan.

“Ketika melancarkan lagu Sumpah, saya sudah menanam impian untuk lagu itu menjejak kaki ke pentas Anugerah Juara Lagu dan Alhamdulillah tercapai apabila Sumpah merupakan di antara 12 finalis AJL 34.

“Impian saya untuk lagu Semalam juga serupa tetapi saya rasakan sedikit tekanan kerana saya takut single ini tidak dapat dikenali seperti lagu Sumpah.

“Namun begitu, saya ketepikan perasaan terbabit kerana apa yang lebih penting, saya haruslah berusaha dengan sehabis baik mempromosikan lagu ini dan menyerlahkan bakat yang saya ada demi peminat yang selama ini tidak berhenti menyokong,” katanya.

Seperti lagu Sumpah, Semalam juga merupakan hasil ciptaan sepenuhnya daripada Aina yang mahu membina ‘trademark’ sebagai ‘singer-songwriter’.

“Saya mahu terus kekal menjadi komposer dan penulis yang mengangkat mesej dalam setiap karya. Biarpun sebelum ini percubaan saya menerusi Sumpah mendapat kecaman serta percikan kontroversi, ia tidak melemahkan semangat saya.

“Menerusi lagu Semalam, saya membawa tema perhubungan toksik. Perhubungan toksik dalam lagu Semalam mengangkat dua perkara iaitu penderaan mental dan keganasan domestik. Pastinya ada insan di luar sana yang melalui perhubungan toksik seperti itu,” ujarnya lagi.

Single Semalam sudah berada di semua saluran muzik digital menerusi platform Spotify, Joox, Apple Music dan Deezer bermula 6 Mac lalu dan lirik videonya juga boleh ditonton di laman YouTube. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button