Cerita ArtisHiburan

Kerjaya Terjejas Sebab PKP, Ben Amir Fokus Jual Sambal Ikan Bilis

Seperti mana ramai yang terjejas disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), pelakon Ben Amir atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 30, turut mengakui melalui perkara yang sama.

Ben berkata, beberapa tawaran kerja terpaksa dibatalkan disebabkan PKP menyebabkan dia mula memberikan fokus terhadap pelaksanaan bisnes baharu yang dijayakannya bersama rakan-rakan.

“Saya percaya semua orang terkesan (ketika PKP) dan sekarang adalah masa untuk recovery dan banyak tawaran kerja sudah kembali masuk. Selepas ini saya akan kembali sibuk di set penggambaran dan ‘back to back’ kerja balik. Sebenarnya, saya melihat tempoh PKP itu dari segi positif bila mana saya dapat fokus dan tumpukan untuk ‘set up’ perniagaan sambal ikan bilis, Sambal Budak Camping yang merupakan resipi turun-temurun keluarga saya.

“Saya letak nama Sambal Budak Camping sebab saya suka pergi camping, kalau pergi camping kita kalau boleh nak bawa makanan yang simple yang boleh makan dengan semua benda. Disebabkan itu saya keluarkan sambal ini untuk berkongsi dengan orang di luar sana. Sekarang orang pun nak benda yang mudah, jadi disebabkan itu saya perkenalkan sambal ikan bilis versatile ini kepada semua,” katanya.

Dia berkata demikian kepada media ketika ditemui pada majlis protonton FTV Aku, Bunga yang berlangsung di MBO The Starling Mall, Damansara Utama semalam.

Pelakon yang terkenal dengan imej berambut panjang ini juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia menggunakan gelaran selebriti untuk meletakkan harga yang mahal untuk penjualan sambal yang diusahakannya.

“Untuk sambal yang dijual ini, saya jual ikut per gram dalam botol dan kalau tengok kandungan beratnya, memang sambal saya paling besar dan paling berat.

“Kebanyakan peniaga jual dalam 180 gram, saya jual dua kali ganda dan sudah tentu harganya dua kali ganda juga. Bagi saya, perkara ini tidak ada masalah pun. Kalau ikut per gram, sambal saya jual masih lagi murah,” jelasnya.

Jelasnya, Sambal Budak Samping dijual pada harga RM26 untuk 280 gram sebotol dan rata-ratanya memberi respons yang positif daripada mereka yang sudah membeli dan mencubanya.

> Baca: Konsert Online Siti Nurhaliza Boleh Ditonton Di YouTube Universal Music

Sementara itu, Ben melahirkan keterujaannya apabila akhirnya dapat bekerjasama dengan pengarah Kabir Bhatia menerusi FTV Aku, Bunga yang diterbitkan Astro First Eksklusif.

“Bila ditawarkan oleh pihak Astro, bila saya tahu pengarah FTV ini ialah Kabir Bhatia tanpa teragak-agak saya terus bersetuju sebabnya saya memang dah lama nak berlakon di bawah arahan Kabir.

“Bagi saya Kabir merupakan seorang pengarah yang kita boleh banyak belajar daripada dia. Selain itu saya suka cara pengarahannya yang selalunya akan berikan kita sesuatu yang berbeza daripada naskhah di luar sana,” ujarnya.

Selain Ben, FTV Aku, Bunga turut dibintangi Naim Daniel, Noor Ayu Fatini (rapper Bunga), Aman Graseka, Laila Nasir Emelda Rosmila dan Nelissa Nizam.

Aku, Bunga yang mengisahkan Bunga yang begitu menggemari muzik hip hop dan menyimpan impian untuk menggembangkan bakatnya dalam dunia seni.

Aku, Bunga akan bersiaran di Astro First Eksklusif (saluran 480) mulai esok (13 Ogos). Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Aku, Bunga secara berulang kali dalam tempoh 48 jam (dua hari) dari waktu pembelian. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button