EventHiburan

Konsert Online Siti Nurhaliza Boleh Ditonton Di YouTube Universal Music

Penyanyi no.1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil dengan album penuh terbaharu, ManifestaSITI2020 yang telah dilancarkan secara besar-besaran pada 3 Julai lalu.

Sempena pelancaran album tersebut, Siti telah menjayakan sebuah konsert interaktif dalam talian, Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool pada 21 Julai lalu.

Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool merupakan hasil kolaborasi di antara Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions bersama stesen radio Hot FM dan Kool FM.

Menggunakan aplikasi sidang video Zoom, konsert interaktif dalam paparan 360 darjah ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, sekaligus menjadikan Siti sebagai artis pertama yang terlibat menjayakan konsert dalam talian berskala besar.

“Konsert ini hanya memberikan akses terhad kepada 500 peminat terpilih menerusi peraduan yang dijalankan oleh radio rasmi Hot FM dan Kool FM, rakan media Donna serta menerusi laman media sosial Dato’ Siti dan Universal Music Malaysia. Walaupun peraduan tersebut mendapat sambutan hangat peminat, tetapi disebabkan kekangan jumlah maksimum penonton yang dibenarkan oleh aplikasi Zoom, kami hanya boleh memilih 500 orang sahaja.

“Namun begitu, ianya masih dikira sebagai skala besar kerana kejayaan memaksimumkan jumlah penonton untuk konsert dalam talian seperti ini, boleh diumpamakan kita berjaya memenuhkan satu panggung,” jelas Ketua Pemasaran Domestik Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar.

> Baca: Nyanyian Teruk Dikecam, Nabila Razali Tidak Patah Semangat

Mengulas tentang matlamat dan pengalaman beliau menjayakan konsert interaktif Manifestival Siti Nurhaliza X Hot Kool ini, Siti menyatakan bahawa ia adalah kesinambungan daripada aktiviti promosi album ManifestaSITI2020.

“Ini merupakan pengalaman baru saya kerana menjayakan sebuah konsert maya yang bersifat interaktif, peminat bukan sekadar boleh menonton persembahan saya dari rumah masing-masing tetapi mereka juga berpeluang berinteraksi dengan saya.

“Saya berasa sangat berpuas hati kerana dapat menghiburkan para peminat yang terpilih di layar Zoom dan ini mendekatkan kami walaupun Malaysia masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” ujarnya.

Peminat boleh menyaksikan video rakaman konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool yang akan dilancarkan di saluran Youtube Universal Music Malaysia pada jam 7 pagi esok. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button