Cerita ArtisHiburan

Nyanyian Teruk Dikecam, Nabila Razali Tidak Patah Semangat

Walaupun nyanyiannya dalam sebuah program hiburan teruk dikecam oleh warganet namun penyanyi Nabila Razali, 28, tidak sesekali akan patah semangat demi meneruskan kerjaya serta minatnya dalam bidang seni suara.

Menurut Nabila, dia tidak boleh mengawal apa yang hendak dikatakan oleh netizen terhadapnya, cuma dia hanya melihat kritikan itu daripada sudut positif bagi memantapkan lagi kualiti vokalnya.

“Saya tidak pernah serik untuk menyanyi sebab saya memang bermula dalam industri ini menerusi bidang nyanyian. Tentang orang kutuk persembahan saya dalam sebuah program hiburan baru-baru ini, saya tidak boleh kawal apa orang nak cakap.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati ketika melakukan persembahan live. Perkara itu tidak disengajakan terjadi sebab saya dah lama tidak buat persembahan disebabkan pandemik Covid-19, tetapi apa-apa pun saya ambil positif segala kritkan yang diberikan.

“Kritikan netizen sebenarnya menjadi pemangkin untuk saya tampil lebih baik di masa akan datang. Yang terbaharu, saya cukup berbangga dengan penerimaan orang ramai terhadap single Peluang Kedua,” katanya dalam sidang media drama terbaharunya, Kebaya Kasut Kanvas yang diadakan secara ‘virtual meeting’ dengan pihak media.

Mengulas mengenai drama terbaharunya itu, Nabila berkata dia berasa gembira apabila dapat digandingkan dengan aktor berpengalaman Fahrin Ahmad yang banyak membantunya sepanjang proses penggambaran.

> Baca: Konsert Sulung Khai Bahar Tetap Diteruskan, Cuma Bertukar Lokasi

“Teruja apabila dapat berlakon bersama Fahrin sebab dia dah banyak pengalaman dan selalu beri tunjuk ajar kepada saya. Selain itu, dalam drama ini juga ramai selebriti tampil sebagai cameo seperti Ismail Izzani, Haqiem Rusli dan Azrel Ismail.

“Sebenarnya, penggambaran sepatutnya berlangsung ketika bulan puasa lalu, namun ketika itu kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi penggambaran ditunda sehingga kerajaan memberikan kebenaran untuk melakukan shooting bermula 10 Jun lalu.

“Dalam Kebaya Kasut Kanvas saya bawa watak Suria yang bekerja di sebuah syarikat fesyen. Dia dikenali dengan cara pemakaian unik yang gemar memakai kebaya dengan kasut kanvas. Drama ini menunjukkan perjalanan Suria dalam mencari cinta sejatinya,” ujarnya.

Drama bersiri 10 episod yang diarahkan Emi Suffian ini merupakan pembuka tirai buat slot terbaharu Drama Pukul 6 di TV3 mulai 12 Ogos ini, yang bersiaran setiap Rabu dan Khamis, jam 6 petang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button