AntarabangsaHollywood

Kesilapan Teknikal, Katy ‘Panik’ Tergantung Di Udara

Penyanyi Katy Perry menghadapi saat-saat mencemaskan apabila ‘tergantung’ selama beberapa minit di udara akibat kesilapan teknikal ketika menjayakan konsert di Tennessee, Amerika Syarikat, semalam.

Dalam persembahan itu, Katy tergantung apabila platform yang membawanya tersekat ketika ingin dibawa turun.

Sempat berseloroh, Katy menyuruh peminat-peminat yang berada di bawahnya agar segera merakamkan kejadian itu untuk dimuat naik di laman Youtube.

Platform itu kemudiannya dapat diturunkan secara perlahan-lahan sebelum Katy berkata dia ingin melompat ke arah peminatnya supaya tapak platform itu tidak menghempap beberapa peminat di bawah.

Sebaik selamat ‘mendarat’, Katy mendapat tepukan gemuruh daripada penonton sebelum dia kembali meneruskan persembahan seperti biasa. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button