Cerita ArtisHiburan

Kontroversi Tidak Ganggu Saya Dan Pelakon – Raja Azrey

Pengarah teater Kontena 404, Raja Azrey Raja Kamaruzzaman tidak melihat kontroversi yang melanda pihak produksi akan menjejaskan tumpuan para pelakon terhadap pementasan tersebut.

Teater bergenre komedi seram itu diterbitkan DBI Entertainment, yang mana secara tidak langsung syarikat itu turut terpalit dengan kontroversi melibatkan penahanan Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Boy Iman yang telah ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan hartanah, baru-baru ini.

“Kontroversi itu langsung tidak memberikan gangguan kepada pelakon sebab saya selalu berpesan kepada mereka, kita buat sahaja kerja kita.

“Sebenarnya kontroversi itu langsung tidak merisaukan saya, sebaliknya saya lebih risaukan mengenai persiapan menjelang pementasan itu nanti.

“Seperti contoh, tiada pelakon-pelakon yang sakit menjelang pementasan, audio dan pencahayaan semua okey. Benda-benda yang macam ni lebih merisaukan saya sebenarnya sebagai seorang pengarah,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media teater Kontena 404 di Istana Budaya semalam.

Ketika ditanya mengenai kontroversi tersebut, Raja Azrey berkata dia tidak terlalu memberikan fokus kepada perkara berkenaan, sebaliknya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pengarah teater yang telah diamanahkan kepadanya.

“Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai pengarah, saya hanya buat kerja memandangkan impian untuk mengarah di Istana Budaya akhirnya tercapai setelah sekian lama aktif dalam bidang seni teater sejak 12 tahun lalu.

“Kami tak merancang kontroversi yang berlaku untuk orang datang menonton teater ini,” jelasnya lagi.

Raja Azrey (tengah) menegaskan bahawa kontroversi yang berlaku langsung tidak melemahkan semangatnya untuk mengarah.

Sementara itu, Penolong Pengarah Istana Budaya Datin Noor Azah Omar berkata, pihaknya tidak menerima sebarang petisyen atau bantahan tentang penayangan nashkah itu di pentas berprestij tersebut.

Menurutnya, pihak Istana Budaya hanya menyewakan tempat kepada DBI Entertainment, selain segala dokumen yang diperlukan bagi tujuan itu juga sudah dilengkapkan oleh mereka.

“Selagi seseorang itu belum disabit bersalah, pementasan akan diteruskan. Pihak kami juga tidak menerima apa-apa petisyen yang membantah pementasan teater ini dari mana-mana pihak.

“Sebagai penyedia venue, bila ada permintaan, kami akan teruskan,” katanya.

Kontena 404 akan mula dipentaskan di Laman Sari, Istana Budaya bermula 20 hingga 22 Oktober ini.

Teater tersebut menampilkan Tauke Jambu, Miera Liyana, Adam AF, Izreen Azminda dan Adam Shahz. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button