Pelakon dan pengarah popular, Datuk Hans Isaac bakal melangkah ke alam rumah tangga apabila mengumumkan dirinya bertunang dengan bekas ratu cantik Malaysia, Francisca Luhong James.
Perkara berkenaan diumumkan sendiri oleh Hans menerusi perkongsian beberapa keping gambar bersama Francisca yang juga pernah menyandang gelaran Miss Universe Malaysia 2020.
“She said… YES! Forever with my favourite person. To forever with you, my Kayan/Iban soon-to-be wife. Best decision I’ve made and she said yes. She’s stuck with me now.
“No more… ‘Hans bila nak kawin,” ujarnya yang kini menyandang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Dalam posting yang sama juga, beliau turut mendapat ucapan tahniah daripada kenalan seperti rakan-rakan pelakon dan juga ahli politik.
Antara barisan artis yang mengucapkan tahniah seperti Zizan Razak, Anna Jobling, Tiz Zaqyah, Datuk Afdlin Shauki serta ahli parlimen Muar, Syed Saddiq. – KopiPlanet.com





