• FOLLOW US
Event, Hiburan

Kumpulan Blue Hiburkan Peminat Di Kuala Lumpur 3 Mac Ini

Buat anda yang membesar dengan lagu-lagu hits kumpulan Blue pastinya cukup teruja dan tidak sabar-sabar untuk menyaksikan persembahan mereka secara langsung di Kuala Lumpur pada bulan Mac ini.

Terkenal dengan lagu-lagu seperti All Rise, One Love, If You Come Back dan You Make Me Wanna, Blue dijadualkan mengadakan konsert di Dewan Wawasan Taman Pertama, Kuala Lumpur pada 3 Mac ini.

Kali terakhir kumpulan yang dianggotai Lee Ryan, Duncan James, Simon Webbe dan Anthony Costa menghiburkan peminat di sini ialah pada tahun 2004.

Blue sebelum ini mengambil keputusan untuk merehatkan diri pada 2005 sebelum kembali mewarnai semula dunia hiburan pada 2011.

Tiket-tiket berharga dari RM98 hingga RM598 kini boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.myticketasia.com. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend