• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Kuza Mengaku Sudah Lebih Setahun Bercerai Dengan Suami Ketiga

Pelakon Kuza akhirnya membuka mulut dengan mendedahkan statusnya kini yang sudah bergelar ibu tunggal sejak setahun lalu.

Kuza atau nama sebenarnya, Tengku Sariza Tengku Muzani, 47, berkata, dia berpisah dengan suaminya, Ramyus Sidique pada tahun lepas.

“Saya sekarang ini sudah menjadi ibu tunggal sejak setahun yang lalu. Saya berpisah dengan suami pada tahun lalu selepas kami hidup bersama selama 12 tahun,” katanya

Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan kulit Ali Zahraa Madeena yang diadakan di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur sebentar tadi.

> Baca: Teh Terakhirku Hasil Ilham Ketika Berada Di Kota Suci Mekah

Namun begitu, aktres berkenaan mengambil pendekatan enggan mendedahkan punca penceraian kerana menyifatkan ia terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum.

“Hal peribadi adalah sesuatu yang sangat privasi. Kalau saya rasa perlu atak sudah tiba masa untuk berkongsi, saya akan kongsi.

“Kalau saya rasa tak perlu, lebih baik saya simpan sendiri. Anak-anak saya pun perlukan privasi. Jadi, saya perlu hormat mereka juga,” katanya.

Kuza mendirikan rumah tangga dengan Ramyus pada 2007. Ia merupakan perkahwinan ketiganya. Bagaimanapun, menerusi perkahwinan tersebut pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Pelakon drama bersiri Semerah Cinta Humairah itu mempunyai tiga orang anak iaitu Nizam Firdaus, 26, Puteri Nazihah, 25, dan Puteri Nadia hasil perkahwinan terdahulu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend