AntarabangsaKpop

Lagu Baru Big Bang Didakwa Ciplak Lagu Penyanyi AS

Hadir dengan single terbaharu berjudul Flower Road, kumpulan Big Bang kembali menjadi bualan ramai peminat K-Pop apabila lagu baharu mereka itu dikatakan meniru satu lagu penyanyi dari Amerika Syarikat.

Menurut netizen lagu itu kedengaran sama seperti lagu Ain’t No Us oleh Niykee Heaton. Ain’t No Us merupakan lagu yang dicipta oleh Chaz Mishan.

Daripada kaji selidik yang dijalankan, Chaz juga merupakan antara salah seorang team produksi yang terlibat dalam single Flower Road yang dinyanyikan oleh Big Bang.

Setelah mengetahui mengenai fakta itu, baharulah netizen boleh menerima yang kedua-dua lagu itu berkemungkinan sama mungkin disebabkan ia diterbitkan oleh individu yang serupa.

Flower Road sebenarnya telah direkodkan oleh kumpulan yang dianggotai Top, G-Dragon, Taeyang, Seungri dan Daesung itu pada tahun 2015.

Namun, ia hanya dilancarkan baru-baru ini sebagai hadiah khas buat peminat setia mereka sebelum masing-masing memperlahankan karier masing-masing kerana terikat dengan komitmen latihan ketenteraan wajib selama dua tahun. – KopiPlanet.ocm

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button