• FOLLOW US
Gosip Panas, Hiburan

Lama Menghilang… Hetty Sarlene Bakal Sertai Gegar Vaganza?

Hai semua… Agak lama juga yer Cik Kopi tak membawang dengan korang semua. Walaupun banyak berlaku isu-isu panas, Cik Kopi lebih suka ambil pendekatan berdiam diri jer.

Sebenarnya, tak ada cerita panas pun yang Cik Kopi nak ceritakan. Cuma baru-baru ni masa Cik Kopi sedang scroll Instagram sambil makan kuih raya, Cik Kopi tertarik dengan status yang dimuat naik seorang artis ni.

Kalau Cik Kopi sebut nama Hetty Sarlene, mesti masih ramai yang masih ingat. Mula terkenal sebagai penyanyi menerusi lagu Rindu Aku Rindu, artis kelahiran Singapura ini juga dikenali sebagai seorang pelakon.

Cuma, bila nama dah semakin dikenali di Malaysia, tup tup terus jer menghilang. Dengarnya dah kembali semula ke Singapura dan bergiat aktif di negara kelahiran sendiri.

Jadi, bila Cik Kopi tengok status Instagram yang dimuat naik ‘Dah ready ke untuk GV tahun nie?’, adakah Hetty nak buat come back di Malaysia?

Kalau benar Hetty bakal menjadi peserta Gegar Vaganza musim baru nanti, itu tentunya satu tanda positif. Apatah lagi komen-komen yang diberikan peminat agak positif.

Tidak dinafikan, program Gegar Vaganza merupakan satu platform terbaik buat artis-artis lama untuk membuat kemunculan semula dan dikenali ramai.

Lagipun, Cik Kopi sendiri tak sabar nak menantikan siaran program Gegar Vaganza musim terbaru ni. Mesti barisan peserta kali ni lebih mantap untuk berikan saingan.

Cik Kopi: Amboi Reen Rahim, makin seksi tau penampilan bila bercuti ke luar negara. Siap tutup lagi ruangan komen.

Kredit Foto: Instagram Hetty Sarlene

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend