• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Lancar Single, HyunA Hadiahkan Kosmetik Mewah Buat Peminat Setia

Penyanyi HyunA yang baharu sahaja melancarkan single terbaharunya, Flower Shower telah menghadiahkan pemberian yang cukup bermakna buat peminat yang menghadiri program pelancaran lagunya, baru-baru ini.

Pada majlis itu, HyunA melayangkan hadiah kosmetik mewah dan kad minuman jenama kopi popular kepada semua peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.

Perkara itu dihebahkan peminatnya yang berkongsikan mengenai pemberian tersebut di laman Twitternya sehingga ia menjadi tular.

Peminat yang menerima hadiah tersebut mengatakan ia adalah pemberian yang mahal daripada HyunA namun penyanyi itu secara merendah diri mengatakan ia bukanlah satu perkara besar buatnya jika dibandingkan dengan sokongan daripada peminat setianya.

“Hadiah itu tidak membebankan saya, saya ada sedikit wang sekarang dan ini memang perkara yang saya nak lakukan dari sejak dulu lagi,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend