Cerita ArtisHiburan

Lantang Berdemo: Ellie Suriaty Buat Dengan Ikhlas, Tak Dapat Duit

Sejak akhir-akhir ini nama pelakon Ellie Suriaty menjadi perhatian apabila video ucapan protes yang dilakukannya di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi viral.

Tindakan lantangnya dalam mempertahankan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta parti politik Umno mendapat pelbagai reaksi masyarakat termasuk daripada rakan selebriti yang mengutuk perbuatannya.

Menurut isteri kepada aktor Azri Iskandar itu, dia sama sekali tidak dibayar untuk menjadi lantang sebaliknya ia merupakan satu perjuangan ikhlas daripada dirinya yang sangat menyanjung jasa dan bakti bekas perdana menteri itu.

“Saya langsung tidak dibayar, apanya yang saya dibayar? Lain perjuangannya kalau kita dibayar. Itu biadap (bila mereka tuduh saya dibayar). Mereka tidak tahu saya mempertaruhkan kerjaya yang sudah saya bangunkan sejak 20 tahun lalu untuk bangkit menjadi lantang sebegini demi sebuah perjuangan.

“Mereka (rakan artis) cakap macam itu pasal saya tapi mereka pun tidak pernah berbuat apa-apa untuk perjuangan agama, negara dan bangsa sendiri,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Ellie ditemui pada majlis sidang media Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018) yang berlangsung di Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.

Telefilem arahan Ellie, Tulus Cinta tercalon dalam kategori Drama Terbaik ASK2018 yang akan berlangsung pada 2 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sementara itu, ketika ditanya adakah perjuangannya itu mendapat sokongan daripada suaminya, Ellia berkata,” Dia risaukan saya. Dia tak mahu apa-apa yang buruk berlaku kepada saya. Tapi, dia sendiri pun sedia maklum bahawa saya seorang wanita yang berjiwa ‘liar’.” – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button