AntarabangsaKpop

Lebih 450,000 Peminat Kumpulan iKON Bantah Pengunduran B.I

Radar hiburan K-Pop semalam dihangatkan dengan kisah pengunduran ahli kumpulan iKON, B.I yang terpaksa menarik diri gara-gara disyaki menggunakan dadah.

Susulan perkara itu, pihak pengurusan iKON, YG Entertainment telah serta-merta menamatkan kontrak penyanyi berusia 23 tahun itu.

Namun begitu, ramai peminat tidak berpuas hati dengan pengunduran B.I, malah mereka telah mewujudkan satu petisyen untuk menghalang penarikan diri B.I.

Menurut mereka kesilapan yang dilakukan B.I adalah kesalahan kecil dan tidak sepatutnya dia dibuang daripada kumpulan tersebut yang mana populariti mereka banyak diraih oleh B.I.

Setakat ini, petisyen itu telah berjaya ditandantangani lebih 450,000 peminat mereka yang mana mereka memerlukan sebanyak 50,000 tandatangan sokongan bagi melengkapkan setengah juta peminat bagi tujuan itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button