AntarabangsaKpop

Lee Min Ho Aktor Korea Kumpul Paling Ramai Pengikut Di IG

Selain industri muzik K-Pop yang menjadi kegilaan masyarakat seluruh dunia, ia juga tidak terkecuali naskhah-naskhah drama berkualiti yang dihasilkan oleh penggiat seni dari sana.

Populariti K-Drama terus memuncak kerana jalan cerita yang disajikan tidak terlalu ‘cliche’ selain mengupas pelbagai isu semasa termasuk masalah mental.

Selain jalan cerita, kekacakan pelakon utama juga menjadi antara faktor kenapa sesebuah drama itu mendapat jumlah tontonan yang tinggi pada setiap kali tayangan.

Berikut merupakan senarai 10 aktor kacak Korea Selatan yang berjaya mengumpul jumlah pengikut paling ramai di Instagram peribadi masing-masing.

Tempat pertama diungguli oleh pelakon The King: Eternal Monarch, Lee Min Ho yang mempunyai lebih daripada 19.06 pengikut, manakala tempat kedua oleh Lee Jong Suk (16.39 juta) dan di tempat ketiga diraih Park Seo Joon (15.05 juta).

Senarai aktor K-Drama yang memiliki jumlah paling ramai pengikut di Instagram:

1. Lee Min Ho (19.06 juta)
2. Lee Jong Suk (16.39 juta)
3. Park Seo Joon (15.05 juta)
4. Ji Chang Wook (13.72 juta)
5. Nam Joo Hyuk (12.13 juta)
6. Kai (EXO) – (9.2 juta)
7. Suho (EXO) (8.41 juta)
8. Cha Eunwoo (ASTRO) – (8 juta)
9. Siwon (Super Junior) – (7.85 juta)
10. Lee Dong Wook – (7.19 juta) – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button