• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Linda Rafar Luah Rasa Sunyi, Rindu Pada Arwah Ibu

Pelakon dan penyanyi Linda Rafar mengakui sukar untuk menerima kehilangan orang tersayang dan sedang berusaha menyesuaikan diri menjalani kehidupan seharian tanpa arwah ibunya, Rasimah Abdul Rahman.

Linda meluahkan perasaan itu menerusi laman Instagram miliknya yang jelas menunjukkan dia sangat merindui momen-momen ketika bersama ibunya dan memohon diberi semangat serta kekuatan diri untuk terus bangun menghadapi pelbagai dugaan.

Rata-rata peminat dan rakan artis memberi ucapan takziah buat Linda dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Sebelum ini, tangan kiri ibu Linda terpaksa dipotong pada 12 Disember lalu untuk mengelak jangkitan kuman  daripada terus merebak ke dalam darah.

Terdahulu anak kedua Linda, Rezaimen Keifilin meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat penyakit kanser perut pada 5 Julai 2014. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend