Cerita ArtisHiburan

Makan Hati… Berat Badan Datuk Seri Vida Turun 5 Kilogram

Selebriti terkenal, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dr. Vida menyatakan badannya kini sedikit kurus setelah beratnya turun sebanyak lima kilogram akibat makan hati.

Menurut Dr. Vida, dia makan hati kerana diserang daripada pelbagai pihak dalam menjalankan perniagaannya sehingga membuat jiwanya sedikit kacau.

“Inilah harga sebuah populariti apabila apa yang kita buat semuanya dipandang negatif. Cuma saya tidak mahu ulas lanjut tentang apa yang berlaku, tetapi ia berkaitan dengan perniagaan.

“Biasanya, kalau ada masalah yang berlaku saya cuma simpan dalam hati. Bagaimanapun, kini saya dah tak boleh tahan dan itu yang menyebablan berat badan saya turun lima kilogram dalam tempoh 10 hari,” ujarnya.

Menurut pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd. itu, biarpun selalu mengalirkan air mata sekarang ini, namun dia berterima kasih kepada mereka yang terus memberikan sokongan kepadanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang projek terbaharunya, Dr. Vida memberitahu dia bakal muncul dengan sebuah lagi single baharu tidak lama lagi.

Menurutnya, dia sudah memulakan sesi rakaman single hasil ciptaan Cat Farish itu, namun tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenainya kerana ingin membuat kejutan.

“Selepas ini saya tidak akan keluarkan banyak lagi duit seperti sebelum ini. Memang saya agak menyesal kerana bukan senang nak cari duit.

“Yang penting saya tidak mahu lagi boros untuk berbelanja dan semua yang berlaku itu akan saya ambil sebagai pengajaran buat diri saya,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Dr. Vida

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button