• FOLLOW US
Eksklusif, Hiburan

Mansor Puteh Manusia Hati Hitam – Yusof Haslam

“Rupanya ada lagi manusia yang hatinya hitam sehitam-hitamnya”.

Itu respon yang diberikan pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam bagi mengulas status pengkritik filem, Mansor Puteh yang menghina filem arahan Yusof dan anak-anaknya layak dimasukkan ke dalam tong sampah.

Menurut Yusof, bukan hanya filem-filem karya beliau dan anak-anak sahaja dikutuk Mansor, sebaliknya Mansor sudah lama mengkritik filem-filem tempatan sejak dari tahun 80-an lagi.

“Alhamdulillah… Syukur, rupanya ada lagi manusia yang hatinya hitam sehitamnya. Ingatkan dia ni dah muhasabah diri, rupanya tidak. Tak mengapa, kami pun tak ambil kisah. Dia ni bukan hentam filem kami sahaja, tetapi sejak tahun 80-an lagi dah hentam filem orang. Ingat lagi filem Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin juga dikutuk habis-habisan.

“Konon dia yang paling pandai sebab study filem di oversea. Usia dah senja pun, tetapi terbakar tengok kejayaan orang. Thank you so much Mansor. Kami pun tak minta dipuji, apatah lagi spesis Melayu PHD macam awak. Tak puas caci saya, sekarang caci filem-filem anak saya.

“Satu soalan apakah kemenangan Syamsul sebagai pengarah terbaik di Festival Filem Asia Pasifik tak dapat padamkan hati, jiwa dan roh kotor dalam diri? ALLAHHUAKBAR… semoga Allah buka hati dan minda kamu supaya tahu menghormati sesama manusia dan padamkan hati hitam yang bersarang dalam dirimu selama ini.

“Saya tak pernah ambil kisah pasal dia, namun bila dia hina anak-anak saya yang terbukti cipta kejayaan demi kejayaan, itu dah melampau sangat-sangat,” katanya ketika dihubungi KopiPlanet.com

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status di laman sosial Facebook yang dimuat naik oleh Mansor Puteh semalam.

Status di Facebook yang dimuat naik Mansor Puteh yang menganggap filem Datuk Yusof Haslam dan anak-anaknya sampah.

Yusof turut berpendapat seseorang karyawan yang berilmu dan mempunyai visi dalam perjuangan, mereka akan sentiasa menghormati karya dan kejayaan orang lain.

Menurut pemilik syarikat produksi Skop Production Sdn. Bhd. itu, kutukan Mansor sama sekali tidak memberikan kesan kepadanya kerana masyarakat kini sudah bijak menilai sesuatu kritikan, sama ada ianya kritikan membina ataupun kritikan yang mahu ‘membunuh’ seseorang.

“Kutukan manusia mental ‘sampah’ saperti Mansor sedikit pun tiada kesan (pada saya). Masyarakat bijak menilai antara kritikan dan kutukan yang berpaksikan dari hati yang hitam. Saya tak hairan dengan sikap Mansor, siapalah saya kerana dia juga pernah mengutuk karya Seniman Agong Allahyarhan Tan Sri P.Ramlee suatu ketika dulu semasa bual bicara dengan rakan-rakannya,” ujarnya lagi. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend