Cerita ArtisHiburan

Bront Palarae Tidak Bercadang Buka Akaun Instagram Anak

Dikenali sebagai seorang yang sangat berahsia, Bront Palarae tidak bercadang untuk membuka akaun Instagram anaknya seperti mana yang sering dilakukan oleh selebriti lain.

Menurut Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin, 40, dia sendiri sibuk dengan kerjayanya sehinggakan kadang kala tidak mempunyai masa untuk bersama anaknya, Adeena Imani yang kini sudah berusia dua tahun.

“Masa untuk bersama dengan dia pun tak cukup, inikan pula nak buat Instagram untuk dia. Lagipun saya dan isteri lagi suka dia berada di belakang tabir sahaja.

“Kehidupan saya kini seperti bapa-bapa lain di luar sana. Saya berusaha keras untuk jadi bapa yang mampu memberikan kehidupan yang terbaik untuk anak dan isteri,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran filem One Two Jaga di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur baru-baru ini.

One Two Jaga merupakan filem lakonan dan terbitan syarikat produksi Bront bersama isteri, Jazzy Group.

Bercerita lebih lanjut mengenai filem tersebut, Bront berkata, pihak produksi bersyukur kerana tema filem yang dipilih itu diluluskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandangkan ia ada menyentuh sisi gelap yang melibatkan pihak berkuasa itu.

“Filem ini bukannya mahu mencerminkan sisi negatif PDRM, sebaliknya ia menunjukkan realiti yang berlaku dalam kehidupan hari ini.

“Lepas menonton filem ini, penonton pasti akan lebih menghargai peranan pihak polis yang sekarang semakin diperlekehkan oleh masyarakat di luar sana. Saya harap mesej yang ingin disampaikan menerusi One Two Jaga ini sampai kepada penonton,” katanya.

One Two Jaga diarahkan oleh Namron ini turut dibintangi Zahiril Adzim, Rosdeen Suboh, Ameerul Affendi, Iedilputra dan Timothy Castillo. Ia dijangka ditayangkan pada bulan September ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button