• FOLLOW US
Filem, Terkini

Tayang 4 April 2019… Mawi Berdebar Tunggu Reaksi Penonton Filem Sulungnya

Filem pertama arahan penyanyi dan penyampai radio, Mawi yang masih lagi belum mempunyai tajuk akhirnya bakal memasuki pawagam seluruh negara mulai 4 April ini.

Karya sulung Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani itu juga sudah mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) di bawah klasifikasi P13.

“Terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan pihak pawagam kerana percaya kepada filem ini.

“Perasaan saya pada ketika ini tidak tentu arah serta berdebar-debar untuk menantikan reaksi peminat. Harap mereka dapat terima filem ini,” katanya ketika dihubungi KopiPlanet.com.

Setakat ini, filem terbitan MW Entertainment Sdn. Bhd. itu juga sudah mendapat kelulusan untuk ditayangkan di 77 buah pawagam seluruh negara.

Bercakap mengenai tajuk filem berkenaan yang sehingga kini masih tidak mempunyai tajuk, Mawi berkata dia akan mendedahkan judul filem tersebut pada majlis sidang media yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Mengangkat tema komedi, filem yang dibintangi Hazama, Joey Daud, Along Cham dan Amira Othman itu mengisahkan tiga sahabat baik berasal dari kampung yang dianggap sebagai kutu rayau.

Mereka bertiga mempunyai impian dan cita-cita untuk bergelar artis terkenal. Pelbagai dugaan yang mereka lalui sepanjang perjalanan meraih impian tersebut. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend