AntarabangsaHollywood

Meghan Markle Dijangka Lahirkan Bayi Sulung Mac Nanti

Setelah mengumumkan mengenai kehamilannya pada Oktober lalu, pelakon Meghan Markle dijangka bersalin pada musim bunga tahun hadapan.

Menurut portal antarabangsa, bayi sulung pasangan Meghan dan Putera Harry itu dijangka dilahirkan pada penghujung bulan Mac atau awal bulan April.

Pada sambutan Krismas tahun ini, Meghan dan suami menyambutnya bersama-sama dengan Putera William dan Kate Middleton beserta tiga anak mereka, Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis.

Mereka menghadiri upacara keagamaan di Gereja Sandrigham, Norfolk, England. Kehadiran kerabat diraja itu disambut mesra oleh ramai masyarakat di situ yang nyata teruja dengan kemunculan mereka di tempat umum.

Meghan dan Harry masing-masing dihujani ucapan tahniah dan kebanyakan peminat sudah tidak sabar mahu menunggu kelahiran ‘buah hati’ pasangan tersebut.

Duke dan Duchess of Sussex itu mendirikan rumah tangga pada 19 Mei lalu di Gereja St George, Istana Windsor. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button