• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Meghan Markle Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Masih Fikir Nama Anak

Bekas pelakon yang kini bergelar Duchess of Sussex, Meghan Markle selamat melahirkan cahaya mata lelaki hasil perkahwinannya dengan kerabat diraja Britain, Duke of Sussex, Putera Harry, semalam.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi Instagram rasmi pasangan tersebut, “Kedua-dua ibu serta anak sihat dan selamat. Pasangan ini ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan masyarakat selama Meghan hamil.”

Sementara itu, Harry pula ketika ditemui pihak media sebaik Meghan selamat melahirkan berkata, “Saya sangat teruja mengatakan yang Meghan dan saya telah dikurniakan seorang anak lelaki pagi tadi (semalam), anak lelaki yang sihat. Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan baik.

“Mengenai nama anak, kami masih lagi sedang memikirkannya dan kemungkinan besar lagi dua hari kami akan berkongsi namanya serta wajahnya kepada anda semua,” ujarnya.

Meghan dan Harry berkahwin pada 19 Mei tahun lalu di Istana Windsor, United Kingdom. Mereka berkenalan menerusi kawan Meghan yang juga merupakan sahabat baik kepada adik Putera Wiliam itu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend