• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Menghitung Hari Bersalin, Fasha Terharu Diraikan ‘Baby Shower’

Pelakon Fasha Sandha terharu apabila diraikan dalam majlis ‘baby shower’ yang dianjurkan rakan-rakan baiknya, semalam.

Fasha juga semakin tidak sabar untuk menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan aktor Aidil Aziz melaungkan kata-kata, “Another drama queen” (seorang lagi anak perempuan) memetik video yang dirakam pada majlis bertemakan warna merah jambu itu.

“Saya tak percaya kalian semua bersungguh-sungguh mengadakan majlis kejutan baby shower ini. Pastinya tidak mudah dan saya sangat berterima kasih dan hargai semua yang anda telah lakukan untuk saya,” tulisnya di laman Instagram.

Majlis itu dihadiri rakan baik aktres itu seperti penyanyi Siti Nursairah Tarudin, Nazia Mustafar dan usahawan Rita Sosilawati selain adik Fasha, Elisya Sandha.

Fasha dan Aidil berkahwin pada 30 Mac tahun lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, Fasha turut mempunyai sepasang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend