• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Mila Jirin Sujud Syukur Majlis Perkahwinan Boleh Beroperasi Semula

Selaku usahawan yang menjalankan perniagaan menguruskan majlis perkahwinan, Mila Jirin menzahirkan rasa kesyukurannya di atas ‘lampu hijau’ yang diberikan kerajaan untuk sektor tersebut kembali beroperasi bermula 1 Julai ini.

“Majlis perkahwinan dibenarkan mulai 1 Julai 2020, Alhamdulillah, sujud syukur kepada Allah. Saya mewakilii ribuan pengusaha mengucapkan terima kasih buat kerajaan Malaysia yang memberi kebenaran buat kami pengusaha industri perkahwinan beroperasi semula dengan SOP yang telah diputuskan bermula Julai ini.

“Saya mohon semua sahabat industri untuk mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan kepada industri perkahwinan. Mohon untuk memantau dan memastikan SOP, penjarakan sosial dan kebersihan diberi keutamaan kepada pelanggan dan pengunjung.

“Buat semua bakal raja sehari, InsyaAllah dengan SOP yang telah diberikan, kami semua komited dalam pelaksanaan. InsyaAllah, sesungguhnya perancangan Allah ini yang maha terbaik,” tulisnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

ALHAMDULILLAH.. Sujud SYUKUR kepada ALLAH.. – Saya mewakili ribuan pengusaha mengucapkan TERIMA KASIH buat kerajaan Malaysia, Tan Sri @muhyiddinyassin_official @mkn_rasmi @datosriismail_dsi, Dato Sri @dr.adhambaba yang memberi kebenaran buat kami pengusaha industri perkahwinan beroperasi semula dengan SOP yang telah diputuskan bermula julai ini. – Alhamdulillah, segala penat lelah AWIM dan Gabungan Persatuan2 (WPAM, AWP, PWPA, MWPPM, PPBPP) yang telah mengumpul semua pengusaha industri perkahwinan di seluruh Malaysia untuk BERSATU. Dengan pelbagai USUL yang diberikan dalam pembagunan SOP. Hanya Allah dapat membalas segala kebaikkan kalian. Moga Ukhwah dalam persatuan dikekalkan untuk kebaikkan bersama. – Masya Allah, saya dapat puluhan DM yang menyatakan SYUKUR dapat berniaga semula dalam perjuangan mencari Rezeki. – Saya mohon semua sahabat industri untuk MEMATUHI SOP YANG DIKELUARKAN oleh pihak kerajaan kepada industri perkahwinan. Mohon untuk memantau dan memastikan SOP, PENJARAKKAN SOCIAL dan KEBERSIHAN diberi keutamaan kepada pelanggan dan pengunjung. – Buat semua bakal raja sehari, insya Allah dengan SOP yang telah diberikan, kami semua komited dalam perlaksanaan. – Insya Allah, sesungguhnya perancangan Allah ini yang maha terbaik. – Kami di @bizmilla_wedding_centre akan MULA BEROPERASI pada Jumaat ini 26hb JUN 2020. Buat para pelanggan boleh lah berhubung dengan wakil jualan BIZMILLA untuk maklumat lanjut – Salam Syukur, MILA JIRIN

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

Mila yang menjalankan perniagaan Bizmilla Wedding Centre menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan termasuk katering dan dewan majlis.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Berkurung (PKP), Mila telah menceburkan diri dalam perniagaan jualan durian bagi menampung gaji pekerjanya yang terjejas disebabkan wabak Covid-19. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend