AntarabangsaHollywood

Miliki Kekayaan RM2.4 Bilion, Rihanna Penyanyi Wanita Terkaya Di Dunia

Penyanyi terkenal Rihanna bukan sahaja sukses dalam bidang muzik, malah turut berjaya dalam perniagaan sehingga dinobatkan sebagai penyanyi wanita terkaya di dunia.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Forbes, setakat ini Rihanna dikatakan memiliki kekayaan sebanyak RM2.49 bilion (USD600 juta).

Ternyata perniagaan produk kecantikan Fenty Beauty miliknya dikatakan sebagai penyumbang paling besar untuk kekayaan pernyanyi berkenaan.

Sememangnya jenama Frenty Beauty popular dalam kalangan pencinta alat solek karena menawarkan sehingga 40 jenis berbanding dengan jenama alat solek lain.

“Fenty Beauty tidak hanya meraih penjualan yang luar biasa, namun produk berkenaan juga memiliki potensi untuk mengubah industri secara tetap,” ungkap seorang penganalis Stephanie Wissink.

Bagaimanapun, perniagaan Rihanna tidak terhad dalam bidang kecantikan sahaja. Malah, penyanyi berusia 31 tahun itu baru sahaja melancarkan jenama pakaian Fenty Maison serta pakaian dalam Savage X Fenty.

Dengan jumlah kekayaan tersebut, Rihanna telah berjaya mengalahkan Madonna yang memiliki kekayaan RM2.36 bilion (USD570 juta), Celin Dion RM1.86 bilion (USD450 juta) dan Beyonce RM1.66 bilion (USD400 juta). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button