EventHiburan

Mini Showcase Dr Irma Entertainment Ketengah 3 Penyanyi Baru

Bagi memperkenalkan dan mengetengahkan barisan artis di bawah naungan syarikat Dr. Irma Entertainment, satu mini showcase telah dianjurkan di Galleria Kotaraya, Johor Bahru baru-baru ini.

Menerusi showcase itu, tiga penyanyi baharu, Zarol AF, Ray Asri dan Ash Hafiz yang bernaung di bawah syarikat tersebut diperkenalkan kepada umum.

Selain mereka, penyanyi Ferhad turut bernaung di bawah pengurusan yang sama.

Februari lalu, Ferhad telah melancarkan single terbaharu berjudul Definasi Cinta yang mana ia merupakan hasil gubahan Dr Irma sendiri.

Peminat yang hadir pada mini showcase itu telah dihiburkan dengan dendangan lagu daripada Zarol berjudul Bidadari, Ash Hafiz (Melankolia) dan Ray Asri pula dengan lagunya, Antidot Lara. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button