Cerita ArtisHiburan

Mira Filzah Ganti Uyaina, Hos Baharu Rancangan Nona

Pelakon Mira Filzah menambah satu lagi portfolio dalam kerjaya seninya apabila namanya diumumkan sebagai hos baharu program Nona bermula untuk siaran tahun 2018.

Mira atau nama sebenarnya Mira Filzah Badioezaman , 24,  dilamar pihak TV3 bagi menggemudi  program majalah TV wanita yang diperkenalkan oleh stesen televisyen itu sejak 1985.

Berpengalaman dalam bidang pengacaraan, gadis muda ini pernah menjadi hos pelbagai acara besar seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-29, 3 Juara, Qari Jr. dan Mahligai Cinta.

Mira menggantikan hos terdahulu, Uyaina Arshad. Antara nama-nama besar yang pernah menerajui Nona adalah Puan Sri Normala Samsudin, Maya Karin, Nurul Syuhada Nurul Ain, Farah Fauzana, Fiza Sabjahan dan Neelofa.

Bagi memantapkan lagi pengisian Nona 2018, sebanyak tiga segmen baharu diperkenalkan buat penonton iaitu Primadona, Pelancongan dan Gadis Nona.

Segmen Primadona membawakan kisah-kisah gaya hidup di sebalik tabir lagenda seni tanah air, bagaimana mereka bertahan begitu lama dalam industri seni dan tips-tips kewanitaan.

Segmen Melancong pula memberikan pelbagai informasi dan tips-tips menarik agar percutiaan anda menjadi lebih lancar dan teratur.

Sementara itu, Nona 2018 membawakan segmen Gadis Nona di mana dalam segmen ini pihak produksi mendekati personaliti wanita muda sama ada televisyen atau media sosial untuk memberi inspirasi terhadap remaja wanita di Malaysia untuk terus menjadi positif dan kuat dalam menjalani kehidupan.

Nona 2018 bersiaran pada setiap Ahad jam 2 petang di TV3. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button