AntarabangsaKpop

Pemergian Jonghyun Diratapi Rakan Artis, Peminat Setia

Enam bintang K-Pop popular termasuk ahli kumpulan Jonghyun, SHINee membawa keluar kerandanya dari Pusat Perubatan Asan di Seoul, Korea Selatan, pagi ini.

Ahli kumpulannya, Min Ho mengetuai perarakan diikuti kakak Jonghyun yang membawa gambar mendiang selain ahli SHINee, Onew, Key dan Taemin mengusung mayat mendiang.

Kakak Jonghyun, Kim So-dam tidak dapat menahan sebak saat melihat mayat mendiang adiknya dibawa masuk ke dalam kenderaan sebelum menuju ke tempat persemadian.

Beberapa rakan artis juga turut hadir memberikan penghormatan terakhir antaranya daripada kumpulan Super Junior dan Girls Generation yang bernaung di bawah syarikat pengurusan yang sama iaitu SM Entertainment.

Ratusan media dan peminat membanjiri lobi hospital bagi melihat dengan lebih dekat ‘perjalanan terakhir’ Jonghyun.

Jonghyun, 27, ditemui bunuh diri akibat terhidu asap beracun karbon monoksida dari arang yang sengaja dibakar di kediamannya Isnin lalu.

Mendiang disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital sebaik ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya oleh pihak polis.

Tempat persemadian Jonghyun tidak didedahkan demi menghormati permintaan keluarganya.

Mendiang dipercayai mengambil keputusan nekad menawatkan riwayatnya akibat mengalami penyakit kemurungan.

Jonghyun menganggotai SHINee sejak sembilan tahun lalu dan antara lagu hits mereka seperti Ring Ding Dong dan Lucifer.

Bukan sahaja dikenali di Korea, sebaliknya SHINee turut popular di kalangan peminat serata Asia dan Eropah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button