Cerita ArtisHiburan

Muzik Video ‘Hello’ Tampil Dua Versi, Dibintangi Ramai Artis Popular

Tampil dengan single duet bersama buat pertama kali yang berjudul Hello, lagu nyanyian Andi Bernadee dan Ismail Izzani ini membawa kelainannya tersendiri selepas muncul dengan dua muzik video yang berbeza.

Dua muzik video itu dihasilkan mengikut kreativiti Warner Music Malaysia dan World Peace Entertainment. Video muzik Hello mengisahkan tentang kes pembunuhan yang dilakukan oleh pembunuh bersiri mengikut dua perspektif berbeza.

Kedua-dua muzik video ini mengandungi petunjuk-petunjuk untuk penonton mencari jawapan kepada kes pembunuhan tersebut.

Identiti pembunuh hanya akan dibongkarkan di platform media sosial selepas kedua-dua muzik video mencecah 1 juta tontonan di saluran Youtube Warner Music Malaysia dan World Peace Entertainment.

Video ini menampilkan ramai selebriti popular yang membuat kemunculan istimewa seperti Naim Daniel, Anna Jobling, Didi Astillah, Fatin Afeefa, Daniesh Suffian dan Jay Iswazir.

Hello telah dilancarkan pada 15 November lalu dan boleh didapati di semua platform penstriman muzik. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button