Cerita ArtisHiburan

MV Sabar Papar Dilema Dihadapi Bapa Tunggal Ingin Berkahwin Lagi

Tampil dengan single terbaharu berjudul Sabar, penyanyi Black Hanifah mengetengahkan isu yang sering kali terjadi kepada bapa tunggal yang ingin sekali lagi mendirikan rumah tangga.

Mesej yang dibawakan itu berjaya direalisasikan menerusi muzik video (MV) Sabar yang baharu sahaja dipertontonkan di laman Youtube sejak Isnin lalu. MV tersebut diarahkan oleh Azuad Abdullah.

“MV ini mengisahkan lelaki duda yang ada anak. Dia kemudiannya nak bercinta dengan seorang wanita. Malangnya, wanita itu hanya mahu menerima dirinya tapi tidak anaknya.

“Di depan lelaki itu, wanita itu berpura-pura menyukai anaknya, tapi di belakang bersikap sebaliknya. Sehingga akhirnya, lelaki itu dikecewakan tapi diubati dengan sokongan kasih sayang daripada anaknya.

“Kisah sebegini memang berlaku dalam masyarakat kita. Jadi, saya ingin paparkan yang mana tidak salah seorang duda untuk bercinta dan berkahwin lagi. Tapi, tidak semua melalui pengalaman indah.

“Bagi saya, keunikan MV ini adalah dari segi nyanyian lagu ini. Apa saya rasa, dilontarkan sepenuhnya dalam lagu ini. Jadi, dalam MV ini pun ia meluahkan isi hati yang dirasai. Bagi mereka yang jenis ‘family man’, pasti lebih merasai MV ini,” kata Black.

Sabar terbitan dan edaran Nova Music Malaysia kini boleh didapati di semua platform digital muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox dan Deezer. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button