• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Nabila Huda Ingin Habiskan Sisa Hidup Dengan Bapa Tersayang

Selepas beberapa episod kontroversi melibatkan dirinya bersama bapa Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search) dan ibu tiri Norish Hassan, pelakon Nabila Huda berharap penyatuan semula mereka sekeluarga akan membuka lebaran baharu dalam kehidupan masing-masing.

Menurut aktres bernama penuh Nabila Huda Suhaimi, 35, kini dia tidak mengharapkan apa-apa selain daripada meluangkan masa bersama orang tuanya.

“Saya sangat sayang dia (Amy Search). Sekarang apa yang saya harapkan ialah dapat habiskan sisa hidup dengan papa. Saya tak nak berjauhan dengannya lagi hingga ke akhir hayatnya.

“Sekarang setiap hari saya berhubung dengan dia (papa) dan ini semua berkat doa suami, rakan-rakan dan peminat, akhirnya termakbul hajat saya (berbaik dengan bapa),” kata Nabila kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran program Muzikal Lawak Superstar di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu pelakon filem Munafik itu juga meminta orang ramai berhenti mengecam Norish kerana dia menganggap perselisihan faham di antara mereka sudah pun selesai.

“Saya harap orang di luar sana tidak lagi mengecam mana-mana pihak berkaitan perkara lepas. Saya anggap perkara ini dah selesai,” ujarnya lagi.

Awal minggu lepas, ‘perbalahan’ tercetus apabila Nabila memuat naik satu status di laman Instagram mendakwa ibu tirinya menjadi punca kepada kerenggangan hubungannya dengan Amy Search.

Namun, hubungan anak beranak itu kembali pulih apabila disatukan semula oleh pengarah Erma Fatima yang membawa Nabila bertemu dengan bapa dan ibu tirinya pada Khamis lalu di kediaman Amy yang terletak di Denai Alam, Shah Alam. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Nabila Huda

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend