Cerita ArtisHiburan

Najwa Latif Muncul Dengan Single Dua, Duet Dengan Akwa Arifin

Penyanyi Najwa Latif kini muncul dengan single terbaharu, berkolaborasi dengan Akwa Ariffin menerusi lagu Dua. Menurut Najwa, lagu Dua sebenarnya sudah ‘diperam’ selama tujuh tahun sebelum akhirnya ia diterbitkan pada tahun ini.

“Lagu ini merupakan lagu pertama yang saya ingin berkolaborasi dengan Akwa sebelum tercipta lagu Tak Kisah Pun.

“Perjalanan dan pembikinan lagu ini sangat santai, semuanya dihasilkan dalam tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP). Sebenarnya, versi akustik lagu ini sudah dimuat naik di Youtube setahun yang lalu. Disebabkan ramai yang suka, kami setuju untuk merakamkannya.

“Saya harap lagu ini diterima baik seperti mana lagu Kosong dan Satu, ia sangat menarik bila mana saya keluarkan single yang secara tidak langsung merupakan nombor susunan, Kosong, Satu dan Dua,” katanya.

Lagu Dua dihasilkan oleh Najwa dan adik beradiknya yang menggelarkan diri mereka sebagai Ellgee, manakala liriknya dihasilkan dengan kerjasama Akwa.

Menariknya, muzik video Dua ini telah diarahkan sendiri oleh Najwa. Menurut Najwa lagi, setiap elemen di dalam video tersebut mempunyai maksud tersiratnya yang tersendiri. Muzik video Dua boleh ditonton menerusi saluran Youtube Najwa Latif. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button