
Natalie Portman Batal Lawatan Ke Israel Untuk Terima Anugerah
Pelakon Natalie Portman dilapor telah membatalkan lawatannya ke Israel dan dia membuat keputusan tersebut selepas negara itu telah diasak oleh Kesatuan Eropah agar siasatan dilakukan terhadap mereka di atas pengeboman terhadap penduduk Palestin.
Natalie, 37, telah dijemput untuk menghadiri Majlis Anugerah Genesis yang akan berlangsung minggu hadapan. Namanya telah tersenarai sebagai salah seorang penerima anugerah untuk tahun ini seperti yang telah diumumkan pada November tahun lalu.
Majlis itu diadakan bagi mengiktiraf kejayaan individu berbangsa Yahudi yang menjadi kebanggaan orang Israel. Natalie dilahirkan di Israel namun telah dibesarkan di Amerika Syarikat oleh kedua ibu bapanya.
Dengan ketidakhadiran Natalie, jawatan kuasa penganjur dikatakan berasa sedikit kecewa denga pembatalan pelakon itu atas dasar-dasar politik yang disertakan oleh wakil pengurusannya itu. – KopiPlanet.com