• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Neelofa Nafi Kahwin Tahun Depan, Tidak Rasa Sunyi Biarpun Single

Pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.Menurutnya, dia sendiri langsung tidak mengetahui dari mana datangnya gosip seperti yang telah diperkatakan ramai itu.

“Mana ada saya bertunang atau berkahwin pada tahun hadapan. Macam mana isu ini boleh timbul? Sejujurnya tiada apa-apa perbincangan membabitkan ahli keluarga mengenai ke arah itu. Cuma apa boleh saya kongsikan adik lelaki dan sepupu sebaya yang bakal mendirikan rumah tangga pada tahun depan.

“Mungkin sebab umur saya sudah mencecah 30 tahun menyebabkan ramai yang buat spekulasi. Tiada sebab untuk saya berahsia mengenai kehidupan peribadi. Kalau ada seseorang yang bertakhta di hati, saya akan kongsikan. Ini bukan zaman dulu nak sorok-sorok. Andai bakal melangkah ke fasa baharu saya akan kongsikan kepada khalayak,” ujarnya.

Neelofa berkara demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi kasut kolaborasi bersama jenama antarabangsa Giuseppe Zanotti di Pavilion, Kuala Lumpur, hari ini.

Istimewanya, Neelofa merupakan selebriti Asia kedua yang telah dipilih untuk bekerjasama dengan jenama kasut mewah dari Itali itu.

Menurutnya lagi, buat masa ini dia tidak merasakan menjadi kehidupan dengan status sebagai wanita yang masih belum dimiliki mengganggu perasaannya.

“Saya tidak rasa status single ini mengganggu perasaan kerana kehidupan saya di kelilingi ahli keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa ada untuk saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kolaborasi bersama jenama kasut antarabangsa berkenaan, pengacara MeleTOP itu meluahkan rasa terujanya dengan kerjasama yang terjalin.

“Sudah tentu saya bersyukur dan teruja atas peluang serta rezeki ini. Ini adalah hadiah paling bermakna dalam hidup kerana saya adalah peminat jenama kasut ini dan sudah lama menggunakannya.

“Saya sendiri mengagumi Giuseppe yang cukup merendah diri ketika berpeluang bertemunya dalam minggu fesyen baru-baru ini sehingga mencetuskan idea untuk kolaborasi ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Neelofa

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend