• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Netizen Tidak Suka Gaya Rambut Baharu Song Joong Ki

Pelakon Song Joong Ki tidak menyangka bahawa penampilan rambut baharunya itu ternyata telah mendapat komen negatif daripada netizen.

Imej terbaharu suami aktres Song Hye Kyo itu mula diperkatakan selepas sebuah video yang dikongsikan Vogue Korea menunjukkan Joong Ki menghadiri satu majlis anjuran Valentino di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

Joong Ki tampil berpakaian sut hitam dan berambut panjang yang digayakan secara kerinting kasar. Walaupun ada yang mengatakan penampilannya itu kelihatan kacak dan segak, tak kurang netizen yang tidak menggemari gayanya itu.

“Um…, Joong Ki lagi nampak kacak dengan gaya rambut biasa. Apa dah jadi dengan awak Joong Ki? Gaya rambut ini tak sesuai langsung dengan awak,” tulis seorang netizen di laman sosialnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend