Cerita ArtisHiburan

Azam 2018… Kamal Adli Mahu Bersih Daripada Kontroversi

Pelakon Kamal Adli berazam untuk mengelakkan dirinya daripada terpalit dengan sebarang kontroversi yang dilihat sedikit sebanyak mampu mencalarkan imejnya di mata umum.

Mahu menutup buku lama, Kamal nekad untuk tidak membuka mulut lagi sekiranya diajukan soalan berkaitan kisah cintanya selepas ini.

“Kalau boleh untuk tahun ini saya cuba elakkan daripada terpalit kontroversi. Tahun ini fokus saya adalah pada kerjaya dan perniagaan yang diusahakan bersama rakan saya.

“Benda-benda kontroversi ini saya tak nak, tetapi adakalanya kena hadap juga. Sebab itu saya cuba untuk terus fokus dengan kerjaya agar ia lebih diperkatakan peminat daripada kisah-kisah peribadi saya,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Gegar Lawak yang diadakan di Comedy’s Planet, Great Eastern Mall, semalam.

Pada tahun lalu, nama aktor ini sering menjadi perhatian berikutan kontroversi cintanya dengan pelakon Emma Maembong yang dikatakan berantakan disebabkan penglibatan orang ketiga iaitu aktres Zahirah MacWilson.

Sementara itu, ketika ditanya adakah dia kini lebih selesa dikenali sebagai seorang pelawak, Kamal berkata dia masih belum bersedia memegang gelaran tersebut memandangkan jiwanya lebih terarah kepada bidang lakonan.

“Saya sebenarnya lebih berminat dikenali sebagai seorang pelakon dan saya tak nak orang nampak saya macam terlalu mencuba nak jadi pelawak.

Lagipun saya memang bukan pelawak dan menyertai Super Spontan kerana hanya nak uji kebolehan saya menghibur secara spontan. Nak digelar pelawak itu memang saya tak bersedia lagi sebab jiwa pelakon saya masih lagi kuat,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan seninya, Kamal berkata dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah filem aksi berjudul Escape.

Selepas ini, dia akan kembali sibuk dengan penggambaran filem berunsurkan pencegahan rasuah yang masih belum diberi judulnya lagi. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Kamal Adli

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button