Cerita ArtisHiburan

Bella Dally Tak Tertekan Belum Ada Rezeki Dapat Cahaya Mata

Walaupun sudah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Bella Dally tidak pernah berasa tertekan kerana masih belum dikurniakan cahaya mata.

Menurut Bella, dia menyerahkan perkara itu kepada rezeki dan memahami sebagai seorang selebriti, dia memang tidak dapat lari daripada pertanyaan sebegitu.

“Kalau ada rezeki, adalah nanti. Saya tidak pernah tertekan apabila sering diajukan pertanyaan mengenai anak. Sejak menjejakkan kaki dalam industri, orang memang akan bercakap mengenai diri kita.

“Kita tidak boleh elak perkara sebegitu dan kita pun memang tak boleh diamkan mulut orang,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Isteri kepada pelakon Nazim Othman itu ditemui pada majlis pertunjukan fesyen raya Ariani Luminous Raya 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC baru-baru ini.

Baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama 30 episod, Makmum Yang Paling Ku Cinta, Bella berkata dia merupakan seorang individu yang tidak betah tinggal lama di rumah tanpa membuat apa-apa kerja.

Jikalau mempunyai masa terluang, aktres berusia 27 tahun itu gemar pulang ke kampung halamannya di Kota Kinabalu, Sabah bagi melepaskan rindu terhadap ahli keluarganya.

“Saya kerap balik ke Sabah sebab saya rapat dengan keluarga. Lagipun saya jenis yang tak boleh berjauhan lama dengan keluarga, kebiasaannya saya akan balik dalam tiga bulan sekali.

“Kalau tak balik Sabah, saya pun jenis bukan suka duduk diam di rumah. Ada sahaja kerja yang mesti saya lakukan. Sekarang ini pun selepas dah habis penggambaran, saya sibuk dengan kerja-kerja sebagai duta Ariani,” katanya. – KopiPlanet.com

 

Kredit foto: Instagram Bella Dally

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button