Cerita ArtisHiburan

Digosip Bercinta, Da’i Syed Hanya Anggap Joy Revfa Sebagai Kakak

Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, 24, menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan bekas isteri Hafiz Hamidun iaitu usahawan Joy Revfa.

Menurut Syed, ketika ini hubungan mereka rapat hanya sebagai kawan sahaja, malah dia turut menganggap Joy, 32, sebagai kakaknya sendiri.

“Tiada hubungan cinta pun. Saya sudah anggap Joy macam kakak sendiri tambahan pula jarak umur kami yang agak jauh. Gambar kami berpakaian sedondon itu sebenarnya diambil ketika kami mendapat undangan berbuka puasa baru-baru ini dan kami memang tidak merancang pun pakai sedondon pada hari itu.

“Sebenarnya saya dah kenal lama dengan Joy, ketika itu dia selalu minta nasihat tentang masalahnya ketika itu dan saya sering berpesan kepadanya agar sentiasa kuat semangat dan kembali bangkit. Sejak dari itu, hubungan akrab di antara kami terus berkekalan sehingga ke hari ini,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Ustaz @daisyed_ , hang nak bawa kak joy berbuka puasa kat mana pulak hari ni..?? 😂

A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on

Dia berkata kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran syarikat pengurusan artis, Dr Irma Entertainment di Shah Alam, semalam.

Khabar angin mendakwa mereka bercinta timbul selepas Joy memuat naik gambar mereka berpakaian sedondon menerusi laman Instagramnya baru-baru ini.

Walaupun tidak menolak sekiranya dia dipertemukan jodoh dengan wanita lebih berusia namun Syed yang dicungkil bakat menerusi program keagamaan Da’i itu berkata dia lebih selesa untuk mencari pasangan yang sebaya dengannya untuk bergelar suri hidupnya kelak. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button