Cerita ArtisHiburan

“Saya Tak Kisah Orang Nak Cakap Saya Poyo” – Faizal Tahir

Juri program realiti nyanyian Big Stage, Faizal Tahir menyatakan dia tidak pernah merasa terkesan dengan komen-komen negatif yang dilemparkan netizen sepanjang dia bergelar juri rancangan itu sejak sebulan lalu.

Menurut Faizal, 40, dia enggan mengambil pusing segala kritikan negatif tersebut sebaliknya hanya ingin menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin.

Baru-baru ini juga seorang penyanyi secara terbuka dilihat telah mengkritik cara penjurian juri program tersebut sehingga ia menimbulkan pertikaian hebat di kalangan netizen.

“Tak kisah orang nak cakap saya poyo ke apa. Saya memang tidak ambil pusing sebab kalau saya dengar benda macam itu, saya tidak akan berada di sini (kerusi juri).

“Saya berfikiran positif dan semua orang ada hak nak bercakap apa sahaja. Saya cuma doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Faizal ditemui semasa majlis pra dengar single terbaharunya, Ragaman yang diadakan di Warner Music, Mutiara Damansara semalam.

Ragaman yang bergenrekan muzik pop yeh yeh dan reggae itu merupakan hasil bersama Faizal, Mike Chan dan Romeo. Liriknya digubah Faizal, Mike Chan, Karim Karam dan Jaare.

Menurut Faizal, single Ragaman merupakan antara eksperimen muzik baharu yang ingin diterokai bagi mempelbagaikan lagi karya muziknya.

“Macam orang putih cakap ‘life begins at 40’. Masa inilah datang inspirasi untuk cuba muzik-muzik baharu.

“Kalau boleh saya nak pelbagaikan lagi genre muzik yang boleh saya nyanyi, mana tahu kalau lepas ni saya nyanyi lagu dangdut pula, siapa tahu kan?

“Untuk Ragaman ini memang saya banyak buat rujukan dengan mendengar semula cara nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee supaya dapat disesuaikan dengan gaya muzik yang dibawa.

“Yang menariknya lagu ini, dua anak saya juga terlibat menyumbangkan suara untuk lagu baharu ayah mereka,” katanya lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button