Cerita ArtisHiburan

Sheila Mambo Kongsi Mimpi Arwah Ibu Di Lokasi Penggambaran

Setiap insan sudah pasti mempunyai perasaan yang sukar untuk menyesuaikan diri menjalani kehidupan tanpa orang yang tersayang, lebih-lebih lagi apabila kehilangan ibu buat selama-lamanya.

Bagi pelakon Sheila Mambo, 56, dia meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibu sehingga muncul mimpi ketika tidur seketika di lokasi pengambaraan.

Menerusi Instagram milik Sheila yang berkongsi video ketika menziarahi kubur arwah ibunya yang jelas menunjukkan dia sunyi tanpa kehadiran ibu tersayang.

 

View this post on Instagram

 

Waktu yg sama, 5.15 ptg 14 hari yg sdh mak pergi menemui Allah dalam usia mak yg akhir 79. Sehingga harini org tak blh hindari perasaan yg ssh hendak di luahkan ini. Hari2 teringatkn mak tercelik mata, terjaga tgh malam terus org doakan utk mak. 16hb yg sdh org mimipi mak semasa diset shooting, org g seawal 6pg ke k.selangor dan org tidur jap ,terasa sejuk jer disebelah masa tgh tidor rupanya mak, sejuk jasad mak. Org sapa mak, mak bgn wuduk dn solat dhuha mgkn.. Org tgk mak baring semula.. Org tanya mak kalau mak bosan dekat set shooting ,org call atan dtg amik, mak hanya gelengkan kepala dn mak tidur balik. Kemudia org terjaga bila ada yg kejutkan suruh tukar baju utk shoot. Allahuakbar.. Hilang sekejap rindu. Ecah yg ssh nk terangkan ttng mak takde. Dia msh mengharap ‘tok bangun’. Dia byk berontak kata “tok tipu, tok janji nk sihat nk g jalan2 dgn ecah!!! ” sambil berkata ‘takmo kawan dgn tok! ” itu lah kata2 ecah di kubur mak. Dia ajak kami g karoke nak nyanyi kuat2 supaya tok blh bgn. Dan dia ajak org g kat mak kalau blh hari2. Selang 2-3 hari dia akn ajak. Katanya ‘mami jom g kat tok…! ” emak.. Mak baik dgn ecah.. Asbab anak syurga ni moga emak sentiasa dlm rahmat Allah. 💗Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani shaghiran-💗 Allâhumma innî as’aluka bi annî asyhadu annaka antallâhu, lâ ilâha illâ antal ahadus shamad, alladzî lam yalid wa lam yûlad, wa lam yakullahû kufuwan ahad…..aamiin

A post shared by sheila mambo/ sheila hassan (@sheilahassan) on


Malah, Sheila turut memohon dirinya diberi kekuatan dan semangat untuk terus bangun menjalani kehidupan harian.

Terdahulu, ibu Sheila meninggal dunia jam 5.15 petang pada awal Februari lalu akibat diserang strok sebelum menghembuskan nafas terakhir. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button