AntarabangsaHollywood

Nick Jonas Digosipkan Bercinta Dengan Aktres Priyanka Chopra

Hangat bertebaran gosip mengatakan penyanyi Nick Jonas sedang bercinta dengan aktres Bollywood yang kini berpangkalan di Hollywood, Priyanka Chopra.

Khabar angin itu tersebar selepas kedua-duanya dilihat meluangkan masa menghadiri tiga acara dalam satu minggu yang sama.

Kehadiran mereka disedari ketika menghadiri Konsert Beauty and The Beast Live di Los Angeles, baru-baru ini.

Walaupun tidak menunjukkan aksi mesra sepanjang konsert itu berlangsung namun mereka dikatakan sangat tertarik di antara satu sama lain.

“Mereka kelihatan sangat gembira dan seronok di samping satu sama lain. Walaupun tiada adegan mesra namun mereka banyak bercakap dan ketawa sepanjang konsert itu berlangsung,” kata satu sumber.

Menerusi satu gambar bersama rakan-rakan artis, Priyanka dilihat mesra bersandar di bahu Nick ketika mereka menikmati percutian di atas bot, baru-baru ini.

Nick dan Priyanka mula berkenalan tahun lalu selepas dipertemukan pada majlis Met Gala. Dalam majlis itu, mereka jalan beriringan bagi mewakili jenama pakaian Ralph Lauren.

Sebelum ini hos program Jimmy Kimmel pernah bertanyakan kepada aktres berusia 35 tahun itu tentang keserasiannya dengan Nick, namun Priyanka menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar rakan artis. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button