AntarabangsaHollywood

Nicki Minaj Umum Kahwin Dengan Kenneth Petty Di Instagram

Penyanyi lagu Anaconda mengumumkan pernikahannya dengan Kenneth Petty pada Isnin lalu menerusi laman Instagramnya.

Nicki menulis kapsyen, “Onika Tanya Maraj-Petty 10.21.19” pada video yang menunjukkan mug pasangan yang tertulis ‘Mr.’ dan ‘Mrs.’ serta topi seragam memaparkan tulisan ‘bride’ dan ‘groom’.

Gembira dengan perkhabaran itu, ramai selebriti popular turut mengucapkan tahniah di atas berita perkahwinan penyanyi tersebut.

Antaranya selebrit yang menitipkan ucapan tahniah buat pasangan pengantin baharu itu ialah Christina Aguilera dan supermodel Naomi Campbell.

Pasangan ini mula rapat sejak hujung tahun lalu malah Kenneth turut pernah diundang tampil dalam muzik video lagu Megatron nyanyian Nicki.

Walaupun ramai yang gembira dengan perkhabaran tersebut, namun ada beberapa peminat yang tidak bersetuju dengan pilihan hati Nicki kerana Kenneth pernah mempunyai rekod jenayah atas kesalahan salah laku seks serta pernah dipenjarakan atas kesalahan membunuh.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button