Cerita ArtisHiburan

Noh Salleh Sokong Keputusan Mizz Nina Nekad Berhenti Menyanyi

Penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh menyatakan dia menyokong penuh keputusan isterinya, Mizz Nina yang enggan lagi terlibat dalam dunia nyanyian.

Menurut Noh, sebagai seorang suami dia perlu memainkan peranan untuk sentiasa memberikan galakan kepada isteri tercinta dalam apa jua perkara yang dilakukan.

“Sudah tentu saya sokong apa sahaja yang isteri saya nak buat. Kalau dia ambil keputusan nak terus berhenti, itu terserah pada dia.

“Tanggungjawab saya sebagai suami adalah untuk sentiasa menyokong dia terus maju supaya dia tak tertekan dalam menjalani kehidupan seharian,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Noh ditemui pada majlis sidang media Konsert Hujan X Masdo di Restoran Rebung, Kuala Lumpur hari ini. Konsert Hujan X Masdo akan diadakan pada 6 Oktober ini bertempat di Maeps, Serdang.

Sementara itu, Noh berkata dia dan isteri akan meraikan Hari Raya Aidil Adha di Turki menerusi misi kemanusiaan yang diikuti mereka.

“Kami akan bertolak Ahad ini dan tujuan kami ke sana adalah untuk sama-sama membantu pelarian Syria menjalankan ibadah korban.

“Kami akan cuba memasuki Syria menerusi Turki dan InsyaAllah kami akan pulang ke tanah air pada 27 Ogos ini,” katanya lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button