• FOLLOW US
Event, Hiburan

Nurflix TV Online Patuh Syariah, Kandungan Sopan Untuk Semua Golongan

Satu platform TV Online, Nurflix ditubuhkan bagi memperkasakan pembangunan ekonomi dan sahsiah diri yang mana ia bakal menawarkan kandungan digital baharu, segar, tulen dan selamat ditonton oleh semua golongan peringkat umur dengan berlandaskan aspek adab dan akhlak.

Bagi mencapai tujuian tersebut, platform streaming TV online yang dibangunkan Sutera Hijau Ventures Bhd ini menggunakan khidmat kerjasama dua hal di antara golongan ulama dengan karyawan industri kreatif bagi menghasilkan kandungan-kandugan program yang bermutu dan menghiburkan mengikut landas Islam.

Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix, Syah Mohamed berkata, idea asal untuk mewujudkan Nurflix ini sebenarnya adalah untuk mencipta sebuah ekosistem mampan diri yang dapat memberi manfaat kepada pengguna serta penyedia kandungan menerusi platform yang disediakan.

“Kalau dilihat pada masa ini terlalu banyak kandungan digital yang semakin tidak terkawal, tidak ditapis, tidak memiliki norma dan nilai budaya yang ideal.

“Pada masa yang sama juga, ekosistem mampan diri yang telah dibentuk ini akan dapat membantu menyediakan peluang pekerjaan buat tenaga kerja dan karyawan dalam sektor industri kreatif dan secara tidak langsung ia dapat membantu menjana ekonomi negara,” kata ketika ditemui pada majlis pelancaran Nurflix yang berlangsung di Masjib Tuanku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Nurflix, Datuk Seri Syed Zainal Abdidin Syed Mohd Tahir dan Penyelia Kehormat (Musyrif) Nurflix, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

Susulan penubuhan Nurflix, ia bakal menghidangkan pelbagai kandungan menarik yang disertai beberapa selebriti popular seperti Mira Filzah, Erra Fazira, Eman Manan, Mawi, Altimet, Yasin Sulaiman, Diana Amir, Ernie Zakri, Wany Hasrita, Irma Hasmie, Fara Fauzana dan Lufya Omar.

Memiliki sasaran untuk meraih 1 juta tontonan (subscribers) sehingga akhir Januari 2021, pihak Nurflix turut mengalu-alukan kehadiran penerbit, pengarah, penulis skrip dan bakat-bakat baharu, bersesuaian dengan tagline mereka, ‘Be Part of Us’.

Nurflix bakal memulakan tayangannya bermula Oktober dengan harga pakej langganan yang akan diumumkan kelak. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend