Cerita ArtisHiburan

Octovia Manrose Mengaku Silap, Mohon Maaf Kepada Bella Astillah

Pelakon Octovia Manrose akhirnya mengakui kesilapannya dan menyatakan dirinya tidak wajar untuk keluar dengan lelaki yang telah bersuami.

Menerusi status di Insta Story, Octovia memberitahu bawah segala yang berlaku itu adalah kekhilafan daripada dirinya dan tidak pernah menjangka perkara sebegitu berlaku.

“Today was a big day for me. Hari bersejarah saya tak pernah terfikir dan plan semua ini berlaku. Tapi it happen saya sedar ini kekhilafan dari diri saya. Saya manusia biasa yang takkan lari dari buat silap.

“To @bellaastillah i tak nak menegakkan benang yang basah. I nak minta maaf dngan apa yang berlaku. Dan apa yang dah berlaku memang sangat sangat salah, i admit it, i tak patut keluar dengan suami orang,” luahnya.

Sebelum ini, Bella Astilah yang juga isteri kepada Aliff Aziz itu telah membuat pendedahan mengenai pelakon berkenaan yang pergi ke kelab malam bersama suaminya dan berada dalam keadaan mabuk.

Dalam pada itu, Octovia juga menjelaskan bahawa dia tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang kenyataan kerana menyedari ia adalah kesalahan dirinya.

“Kenapa tadi i jawab mcm tu is because I terkejut dengan all harsh words dari netizen sampai buat i melantun, its really hurting me, but i deserve it. I shouldn’t say that.

“I tak patut masuk campur urusan u dengan husband u. I tak patut nak cerita pasal hal rumah tangga u. I hope that u and Aliff boleh settle dengan cara elok,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button