• FOLLOW US
Rancangan TV, TV

Oh My Family! Kini Kembali Untuk Musim Yang Kedua

Setelah mendapat sambutan yang hangat pada musim pertama, rancangan realiti kekeluargaan Oh My Family! kini tampil untuk musim yang kedua.

Penolong Naib Presiden Gen Next Astro, Razlin Irawati Johar berkata, untuk musim baharu ini, seramai lima buah keluarga selebriti yang akan ditampilkan.

“Antara keluarga selebriti yang ditampilkan adalah Nabil Ahmad, Black Hanifah, Shuib Sepahtu dan Sharifah Shahirah serta sebuah keluarga Indonesia iaitu pelakon sinetron terkenal, Ussy Sulistiawaty.

“Pada musim kali ini, tugasan yang diberikan kepada setiap anak selebriti tertumpu pada skil kemahiran hidup seperti menanam dan menampi padi, berkhemah di hutan, memproses ikan masin, menangkap ikan, menyumpit dan meredah hutan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran Oh My Familiy Musim Kedua yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut Razlin, pada musim terdahulu, rancangan tersebut telah berjaya mencatat tontonan tertinggi sebanyak 2.2 juta dan episod pertamanya juga trending dalam carta 10 video terbaik di YouTube pada April 2018.

Dalam pada itu, Razlin menyatakan kehadiran selebriti Indonesia pada musim kedua ini amat bermakna buat produksi Oh My Family!.

“Ia menunjukkan program ini telah mula meraih kepercayaan dan perhatian daripada pihak luar. Kami yakin konsep serta mesej yang dibawakan oleh program ini merupakan faktor utama menjadi tarikan penonton.

“Dengan sokongan yang berterusan daripada semua pihak, tidak mustahil suatu hari nanti rancangan ini berjaya menempa kejayaan di peringkat antarabangsa,” jelasnya.

Rancangan Oh My Family! Musim Kedua sebanyak lapan episod akan dapat disaksikan di saluran Astro Ria (104 & 123), Astro Ceria (611) pada setiap hari Rabu bermula 10 Oktober 2018 pukul 9.00 malam. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend