Cerita ArtisHiburan

Otot Kaki Terkoyak, Bront Terpaksa Guna Kerusi Roda & Tongkat

Pelakon Bront Palarae terpaksa menggunakan kerusi roda dan bertongkat gara-gara mengalami kecederaan di bahagian betis kanan sewaktu menjalani penggambaran drama terbaharu, The Bridge di Johor Bahru, semalam.

Menurut Bront, kejadian itu berlaku ketika dia sedang merakamkan adegan berlari dari sebuah kapal ke bumbung bangunan.

“Kru penggambaran terpaksa membawa saya untuk menjalani rawatn di Pusat Perubatan KPJ di Johor Bahru.

“Menerusi imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) doktor memberitahu bahawa otot betis kanan saya terkoyak dan meminta saya buat fisioterapi dan berehat selama dua minggu.

“Doktor nasihatkan saya berehat daripada melakukan sebarang aktiviti selama seminggu tapi tak mungkinlah saya tak turun promosi filem One Two Jaga yang diterbitkan saya sendiri.

“Saya cuba gagahkan juga untuk turun promosi filem hari ini. Saya akan sambung masuk lokasi The Bridge pada 5 September ini,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Bront ditemui pada majlis tayangan media filem One Two Jaga di TGV One Utama, Damansara hari ini.

One Two Jaga yang diarahkan Namron dilakonkan oleh Zahiril Adzim, Chew Kin Wah, Iedilputra, Bront Palarae, Rosdi Suboh, aktres Indonesia Asmara Abigail dan pelakon Filipina, Timothy Castillo.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM2 juta ini mengisahkan tentang imigran asing serta gejala korupsi yang berlaku dalam kalangan anggota polis.

Ia akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 4 September ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button