AntarabangsaKpop

Pelakon Jo Jung Suk Bakal Kahwini Gummy Tahun Ini

Pelakon terkenal Jo Jung Suk dilaporkan bakal mengahwini teman wanitanya, penyanyi Gummy pada tahun ini.

Memetik sumber Ilgan Sports, pasangan itu masih lagi belum menetapkan tarikh perkahwinan dan ia akan ditentukan selewat-lewatnya selepas kedua-dua belah keluarga mengadakan perbincangan dalam masa terdekat.

Jung Suk bagaimanapun ada memberikan bayangan mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada musim luruh. Musim luruh berlangsung dari bulan September hingga November.

“Kami merancang untuk berkahwin pada musim luruh. Setakat ini masih belum ada sebarang perbincangan rasmi di antara kedua-dua belah keluarga.

“Saya pun sekarang tengah sibuk menjalani penggambaran filem Hit and Run. Kami akan terus menyayangi di antara satu sama lain dan hidup bahagia sebagai pasangan pengantin baharu,” kata Jung Suk.

Sementara itu, agensi pengurusan Gummy, C-JeS Entertainment pula mengeluarkan kenyataan mengesahkan mengenai berita tersebut.

“Jung Suk dan Gummy merancang untuk kehidupan bersama. Walau bagaimanapun mereka belum pilih tarikh untuk majlis bahagia tersebut. Perkahwinan mereka akan diadakan secara tertutup.

“Kami mengharapkan sokongan dan doa daripada peminat untuk mendoakan kebahagiaan pasangan ini,” tulis kenyataan itu.

Jung Suk dan Gummy mula berpacaran sejak 2013 namun hanya mendedahkan perkara itu kepada umum selepas dua tahun menyulam cinta. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button