AntarabangsaHollywood

Pelakon Mean Girls Rachel McAdams Hamil Cahaya Mata Sulung

Pelakon yang terkenal menerusi filem Mean Girls, Rachel McAdams dilaporkan sedang hamil cahaya mata sulung.

Namun sehingga kini jurucakapnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Rachel dikatakan hamil selepas dia tidak menghadiri majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Game Night baru-baru ini.

Menurut sumber E! News, Rachel kini sedang berehat bagi mempersiapkan dirinya untuk bergelar seorang ibu.

Aktres yang terkenal dengan watak Regina George itu sudah dua tahun berpacaran dengan penulis skrip, Jamie Linden.

Rachel, 39, yang dikenali seorang yang sangat berahsia mengenai kehidupan peribadinya namun pernah berkongsi yang dia mahu memulakan kehidupan berkeluarga dalam masa terdekat ini.

“Mempunyai beberapa orang anak tentunya menyeronokkan. Ibu adalah inspriasi terbaik bagi saya. Dia seorang jururawt yang sentiasa membimbing dan sangat lemah-lembut. Harapnya saya dapat warisi sikap ibu saya kalau saya bergelar ibu di masa akan datang,” kata Rachel memetik laporan sebuah majalah baru-baru ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button