• FOLLOW US
Hiburan, Terkini

Pelaku FB Live Pinjamkan Hatiku Serah Diri, Mohon Maaf

Pelaku yang bertanggungjawab membuat rakaman filem Pinjamkan Hatiku dan menyiarkannya menerusi FB Live akhirnya menyerah diri dan membuat permohonan maaf kepada penerbit dan pengarah filem berkenaan.

Mohamad Shafiq Adam, 21, dia tidak menyedari bahawa tindakannya berbuat demikian adalah salah di sisi undang-undang.

“Pada kesempatan ini saya ingin meminta maaf pada semua pihak dan akui atas kesalahan yang saya lakukan ini.

“Selain itu, saya harap orang lain tidak melakukan kesalahan sama kerana perbuatan ini boleh merosakkan industri perfileman di Malaysia,” ujarnya dalam satu sidang akhbar khas di Cheras, petang tadi.

Menurut Shafiq, dia tidak tahu bahawa perbuatan yang dilakukannya itu satu kesalahan dan ia merupakan kali pertama dia berbuat demikian.

“Tujuan saya melakukannya sekadar suka-suka dan saya seorang yang berbuat demikian tanpa membabitkan orang lain.

“Saya melakukan rakaman tersebut dengan menyorokkan telefon bimbit di dalam sweater dan tiada orang yang sedar kerana keadaan gelap. Lagipun tiada pekerja pawagam yang memantau di dalam pawagam,” jelasnya.

Sementara itu, pengarah filem Pinjamkan Hatiku, Osman Ali menyatakan segala yang telah berlaku ini diharap dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

“Bagi saya, setiap kesalahan yang dilakukan ini bukan sekadar memberi hukuman kepada pelaku, tetapi kesedaran juga perlu diberikan supaya perbuatan ini tidak berulang lagi.

“Misalnya, seperti Shafiq yang hari ini telah tampil sendiri untuk memohon maaf dan keberaniannya itu amat kami hargai,” ujarnya.

Filem Pinjamkan Hatiku mula ditayangkan di pawagam sejak 30 November lalu dan setakat ini sudah mendapat kutipan sebanyak RM1.8 juta selepas seminggu ditayangkan. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend